Sangat pelik dengan manusia yang mengeluarkan kata-kata atau melakukan tindakan yang "menyengat" hati tetapi selepas itu mengharapkan kita tetap tersenyum gembira dengan kata-kata dan tindakan mereka.
Sangat pelik dengan manusia yang "menghentam" kita sehingga tergolek dan terpelanting jatuh.. (hampir boleh pengsan) tetapi pada masa yang sama mengharapkan kita tetap berdiri tegak tanpa luka.
Tapi yang lebih pelik lagi dengan hati yang terasa..dengan jiwa yang terluka..

Sedangkan hati yang sama juga menyaksikan kebenaran
- segala apa yang berlaku padanya adalah datang daripada Allah
yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana, Maha Lembut, Maha Menyantuni...
yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana, Maha Lembut, Maha Menyantuni...
Wahai hati..tetaplah tersenyum dan tenang bahagia
walau apapun yang berlaku atau diperlakukan padamu.. bukan kerana itu harapan manusia
walau apapun yang berlaku atau diperlakukan padamu.. bukan kerana itu harapan manusia
Tetapi kerana mencari redha Tuhanmu ^^
Rasulullah s.a.w bersabda:
عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله خير ، وليس ذاك لأحد إلا للمؤمن ؛ إن أصابته سرّاء شكر ؛ فكان خيراً له ، وإن أصابته ضرّاء صبر ؛ فكان خيراً له . رواه مسلم
"Sungguh ajaib urusan orang mukmin! Sesungguhnya setiap urusannya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberi sesuatu yang menggembirakan, dia bersyukur maka kebaikan baginya. Sekiranya dia ditimpa kesusahan, dia bersabar, maka kebaikan baginya."
(HR Muslim)