Sunday, November 6, 2011

Ziarah Cinta di AidilAdha

Jom Ziarah

Perancangan hari ini ialah untuk ziarah keluarga/sanak saudara

Sangat perlu merapatkan hubungan silaturrahim ~ islam itu tumbuh dan menapak dalam hati dengan berseminya kasih dan cinta.

Jiwa yang ingin berkongsi sayang dengan jiwa-jiwa lain perlu menanam cinta pada Penciptanya terlebih dahulu daripada lainnya.

Semoga cinta tersebar seluas-luasnya sehingga seluruh bumi ini dipayungi dengan kesejahteraan dan kebahagiaan Islam.

Peringatan buat diri sendiri untuk membetulkan niat agar ziarah cinta ini adalah semata-mata kerana Allah, yang Maha Pengasih Maha Penyayang...Pemilik segala cinta.

Selamat Hari Raya Aidiladha
"Taqabalallahu minna wa minkum"