Saturday, March 31, 2012

Membawa Perubahan

Membawa perubahan dalam diri sendiri atau pun orang lain bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh dilakukan dalam masa yang singkat.

Perubahan memerlukan kesabaran dan kesungguhan. Tetapi sebelum permulaan pada apa jua perubahan, perlu adanya kesedaran untuk berubah.
Kesedaran akan keperluan untuk berubah seterusnya akan membuahkan keinginan. Hanya dengan keinginan yang tinggi sahajalah kita mampu membina kesungguhan yang berterusan.
Namun di sebalik semuanya, ada suatu kuasa besar, yang Memiliki segalanya; hanya dari Allah sahajalah segala sumber kekuatan. Pada Allah jualah tempat kita mengkhususkan segala langkah menuju perubahan dari mula sehingga akhirnya. Semoga dengan niat yang ikhlas itu Allah menghadiahkan kita sebuah kesabaran.

Kesabaran itu terlalu berharga dan terlalu penting kerana kemenangan itu ialah kesabaran satu saat.

Saturday, March 24, 2012

Put Your Trust in Allah

Sometimes, it is very difficult to look at the cup as being half-full rather than half-empty. But it is more difficult to live thinking that the cup is half-empty.

So, the extra effort and energy invested in changing the way we look at things is well worth it. Then only we can start living =) rather than simply surviving.
Life is about making choices and decisions. Life is about making changes.
Our worries should not deter us from making decisions.

Pray hard that the decisions we make are the right ones and give back all the consequences to Allah. Time to solidify our reliance to Allah.

Just give it back to Him..and see how relieving it can be..

Allahu...Hasbunallahu wa ni'mal wakil

"..then when you have taken a decision, put your trust in Allah..."
(Ali-Imran: verse 159)


Abu Hurairah r.a reported: Allah's Messenger s.a.w said, "Be prompt in doing good deeds (before you are overtaken) by turbulence which would be like a part of the dark night. A man would be a believer in the morning and turn to disbelief in the evening, or he would be a believer in the evening and turn to disbelief in the morning, and would sell his Faith for worldly goods. "

(muslim)






Friday, March 9, 2012

Ada Apa dengan Membaca

Dulu, membaca bukanlah antara aktiviti kegemaran.Sebelum aku menyedari betapa banyaknya khazanah yang dapat diperoleh dengan membaca. Sebelum aku menyedari betapa mendalamnya kesan membaca.

Walaupun pada dasarnya nampak seolah-olah seperti membaca itu hanya memberi kesan pada fikiran atau kognitif kita, sebenarnya membaca itu dapat memberi kesan lebih daripada itu. Membaca mampu memberi kesan pada jiwa dan emosi dan seterusnya boleh merubah tingkah laku dan tindakan kita.

Membaca itu adalah sebahagian daripada uslub tarbiah yang sangat penting. Terlalu banyak hikmah yang telah dibukukan oleh ulama dan pendakwah sepanjang zaman. Dalam menyoroti perjalanan dan contoh teladan daie agung ar-rasul Muhammad s.a.w kita perlu membaca.
Bacalah dengan hati agar kesannya menyentuh di hati dan membawa perubahan pada diri.

Bila kita punya pembacaan yang luas, kita boleh menulis dengan lebih baik.

Namun, wilayah penulisan memerlukan satu yang lebih daripada sekadar membaca. Penulisan yang baik ialah yang lahir daripada hati. Hanya penulisan yang telah diterjemahkan dengan amalan, telah diabadikan dengan pengorbanan dan jihad yang ikhlas sahajalah yang mampu memberi kesan pada hati dan amalan orang yang membacanya.

Apa-apa pun, ada sesuatu yang hebat dalam membaca..ada apa sebenarnya dengan membaca itu hanya dapat diterokai dengan memulakan langkah...ambil sebuah buku dari para dan BACA.

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhan-mu yang menciptakan.
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah, dan Tuhanmu lah yang Maha Mulia.
Yang mengajar (manusia) dengen pena.
Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."
(Al-'Alaq : 1-5)
Bismillah

Perkara dan perkembangan yang berlaku dalam hidup ini kadang kala di luar jangkauan kotak pemikiran kita yang terbatas. Namun, kejutan-kejutan yang berlaku itulah yang menambah seri dan menjadikan kehidupan ini lebih istimewa dan bermakna.
Bukan lah sesuatu yang mudah untuk membuat keputusan dengan banyaknya ketidakpastian yang ada. Tetapi sebenarnya itulah ujian untuk melihat sejauh mana tawakal dan kebergantungan kita pada Allah.

"(Dialah) Allah, tidak ada Tuhan selain Dia. Dan hendaklah orang-orang mukmin bertawakal kepada Allah." - At-Taghabun: 13